Antologi puisi pertama yang berjudul Peta Cinta telah diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Nusa pada tahun 2001. Penerbit yang sama juga telah menerbitkan sebuah lagi antologi puisi remaja dengan judul Bunga Di Jalan pada tahun 2003, Sinar Masa (2004), Sketsa Kehidupan (2005) dan Suara Gundah Di Bumi Basah (2006) dan Luka Mimpi (2007).
Dr. Arbak kini bertugas sebagai pensyarah semenjak tahun 1980 di Universiti Putra Malaysia. Hobi utama beliau ialah mendeklamasi puisi, mencipta puisi dan lirik lagu, menonton persembahan teater dan sayembara lirik lagu. Kegiatan terakhir ialah menulis novel. Novel yang berjudul Dari Dilema Ke Destinasi merupakan novel pertama yang diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Nusa pada tahun 2002.
Hobi lain yang beliau minat ialah menulis puisi dan rencana berbentuk ilmiah. Beliau juga bergiat aktif dalam kegiatan sastera tanahair yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan penulis seperti Pena, Gapena selain kegiatan bahasa anjuran Persatuan Linguistik Malaysia dan lain-lain.
Selamat Datang ke Laman Nurani Mizz Nina...
Salam...
Apa khabar semua? Selamat datang ke
laman nurani Mizz nina. Apa agaknya yang bakal anda perolehi di sini? Apakah itu
bahasa ya? Anda pernah bercakap, menulis mahupun mendengar?Kalau ia sudah tentu
anda adalah salah seorang pengguna bahasa. Tidak percaya? Jom kita melayari
laman nurani Mizz Nina ini... Selamat Berbahasa...
Sunday, April 5, 2009
Artikel Dan Rencana
Pelbagai artikel dan rencana karangan beliau telah ditulis. Hingga kini sebanyak 156 artikel dan rencana telah ditulis oleh beliau. Kebanyakan hasul tulisan beliau tertumpu pada bidang linguistik dan tatabahasa, aplikasi konsep teori linguistik dalam pengajaran bahasa melayu, termasuk teori perkamusan.
Akhir-akhir ini beliau terlibat dengan kajian dan kritikan puisi yang dibuat berdasarkan pendekatan dan kecenderungan linguistik-semiotik. Beberapa hasil kritikan itu diterbitkan dalam Jurnal Dewan Sastera, Jurnal Dewan Bahasa, Majalah Pangsura (Malaysia-Indonesia-Brunei), Jurnal Bahasa, Majalah Akar, Majalah Pemikir (Utusan Melayu Press), Majalah Wadah di Sabah, Akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Berita Harian/Berita Minggu dan lain-lain.
Akhir-akhir ini beliau terlibat dengan kajian dan kritikan puisi yang dibuat berdasarkan pendekatan dan kecenderungan linguistik-semiotik. Beberapa hasil kritikan itu diterbitkan dalam Jurnal Dewan Sastera, Jurnal Dewan Bahasa, Majalah Pangsura (Malaysia-Indonesia-Brunei), Jurnal Bahasa, Majalah Akar, Majalah Pemikir (Utusan Melayu Press), Majalah Wadah di Sabah, Akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Berita Harian/Berita Minggu dan lain-lain.
Sumbangan Prof. Madya Dr. Arbak Othman
Prof. Madya Dr. Arbak Othman begitu dekat dengan ilmu apabila beliau menyumbangkan pelbagai nota ilmu bagi rujukan anak-anak bangsa dan juga para ilmuan lain. Antara sumbangan beliau ialah penghasilan 10 buah buku akademik dalam bidang Linguistik dan Tatabahasa. Buku-buku tersebut ialah Pengantar Linguistik , Teori Linguistik, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Pengantar Linguistik Am (bersama Dr. Ahmad Mahmood Munasif) dan Teori Perkamusan (Leksikografi) yang ditulis untuk kegunaan pelajar-pelajar di universiti tempatan. Tatabahasa Bahasa Malaysia diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Sarjana Enterprise dan Mengajar Tatabahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987. Selain itu, beliau juga menghasilkan sebuah Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti dan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah menengah dan pembacaan awam. Buku nahu Bahasa Melayu, Imbuhan Bahasa Melayu dan Cara-cara Mempelajari Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Fajar Bakti pada tahun 1985 dan buku yang berjudul Pengantar Sintaksis. Buku ini diterbitkan oleh Sarjana Enterprise pada tahun 1989.
Siapakah dia??
Arbak Othman dilahirkan pada tanggal 10 Februari 1944 di Kampung Sebatu, Melaka. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun 1970 hingga tahun 1973. Pada tahun tersebut beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Linguistik Tulen. Kemudian beliau meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana Sastera dan berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1978. Kini nama besar ini bertugas sebagai pensyarah dan menjawat jawatan Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia.
Wednesday, March 25, 2009
Latar Belakang Penulis
Prof. Madya Dr. Arbak Bin Othman merupakan pensyarah dalam bidang linguistik dan pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Beliau arif dalam bidang Linguistik Gunaan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai guru bahasa di sekolah menengah dan pensyarah bahasa di maktab perguruan.
Beliau juga merupakan seorang penulis yang aktif dalam bidang linguistik. Beliau telah menghasilkan buku-buku ilmiah dalam bidang bahasa dan linguistik Melayu, antaranya ialah Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981), Permulaan Ilmu Linguistik (1983) dan Mengajar Tatabahasa (1985).
Beliau juga merupakan seorang penulis yang aktif dalam bidang linguistik. Beliau telah menghasilkan buku-buku ilmiah dalam bidang bahasa dan linguistik Melayu, antaranya ialah Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981), Permulaan Ilmu Linguistik (1983) dan Mengajar Tatabahasa (1985).
Subscribe to:
Posts (Atom)

