Selamat Datang ke Laman Nurani Mizz Nina...

Salam...
Apa khabar semua? Selamat datang ke
laman nurani Mizz nina. Apa agaknya yang bakal anda perolehi di sini? Apakah itu
bahasa ya? Anda pernah bercakap, menulis mahupun mendengar?

Kalau ia sudah tentu
anda adalah salah seorang pengguna bahasa. Tidak percaya? Jom kita melayari
laman nurani Mizz Nina ini... Selamat Berbahasa...


Tuesday, April 7, 2009

Bersama Penulis Tersohor


Setiap hari Selasa dan Khamis setiap minggu aku akan bertemu dengan penulis tersohor ini. Masakan tidak kerana beliau mengajar kelas Perkamusan. Aku mengambil subjek ini sebagai elektif dan berharap dapat menimba pengalaman dan pengetahuan bersama beliau. Banyak yang aku pelajari dari beliau sepanjang kuliah ini. Selain itu juga beliau merupakan Penasihat Akademik aku sepanjang aku berada di Universiti Putra Malaysia. Banyak nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan dalam aku menghadapi kehidupan di kampus ini. Beliau tidak akan memarahi aku namun jika ada kesilapan yang aku lakukan beliau akan memberi nasihat seperti seorang ayah lakunya. Sepanjang enam semester aku di Universiti Putra Malaysia, aku telah mengikuti dua kelas bersama beliau. Aku harap pelajaran yang aku dapat memberi aku pengetahuan yang banyak dan berguna untuk masa depanku.

No comments:

Post a Comment