Selamat Datang ke Laman Nurani Mizz Nina...

Salam...
Apa khabar semua? Selamat datang ke
laman nurani Mizz nina. Apa agaknya yang bakal anda perolehi di sini? Apakah itu
bahasa ya? Anda pernah bercakap, menulis mahupun mendengar?

Kalau ia sudah tentu
anda adalah salah seorang pengguna bahasa. Tidak percaya? Jom kita melayari
laman nurani Mizz Nina ini... Selamat Berbahasa...


Sunday, April 5, 2009

Sumbangan Prof. Madya Dr. Arbak Othman

Prof. Madya Dr. Arbak Othman begitu dekat dengan ilmu apabila beliau menyumbangkan pelbagai nota ilmu bagi rujukan anak-anak bangsa dan juga para ilmuan lain. Antara sumbangan beliau ialah penghasilan 10 buah buku akademik dalam bidang Linguistik dan Tatabahasa. Buku-buku tersebut ialah Pengantar Linguistik , Teori Linguistik, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Pengantar Linguistik Am (bersama Dr. Ahmad Mahmood Munasif) dan Teori Perkamusan (Leksikografi) yang ditulis untuk kegunaan pelajar-pelajar di universiti tempatan. Tatabahasa Bahasa Malaysia diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Sarjana Enterprise dan Mengajar Tatabahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987. Selain itu, beliau juga menghasilkan sebuah Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti dan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah menengah dan pembacaan awam. Buku nahu Bahasa Melayu, Imbuhan Bahasa Melayu dan Cara-cara Mempelajari Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Fajar Bakti pada tahun 1985 dan buku yang berjudul Pengantar Sintaksis. Buku ini diterbitkan oleh Sarjana Enterprise pada tahun 1989.

No comments:

Post a Comment