Selamat Datang ke Laman Nurani Mizz Nina...
Salam...
Apa khabar semua? Selamat datang ke
laman nurani Mizz nina. Apa agaknya yang bakal anda perolehi di sini? Apakah itu
bahasa ya? Anda pernah bercakap, menulis mahupun mendengar?Kalau ia sudah tentu
anda adalah salah seorang pengguna bahasa. Tidak percaya? Jom kita melayari
laman nurani Mizz Nina ini... Selamat Berbahasa...
Friday, April 17, 2009
hari itu dalam sejarah..
mana ada ingt sesape... aku ingat nak siapkan thesis adalah...
huhhuhuuhu...
kenapa?? yela..aku dah salah jawab soalan da... nak wat cmne neh???
pepun nina, jadikan ni sebagai peringatan. jangan ulangi lagi kesilapan lalu ok...
buat yang terbaik untuk exam seterusnya....
gud luck..
Thursday, April 9, 2009
KETIKA DAN KALIMAT...
Mengikut pakej yang telah disediakan oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, aku selaku pelajar Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu perlu mengambil subjek Bahasa Dalam Multimedia. Tiada apa-apa yang bermain difikiranku tatkala subjek ini aku daftarkan kedalam sistem pendaftaran subjek-subjek semester. Apa yang aku fikirkan hanyalah aku perlu mengambil subjek ini kerana menepati bidangku dan termasuk dalam pakej. Bukan terasa dipaksa mengambil subjek ini, tetapi seperti yang aku terangkan tadi ianya telah ditetapkan oleh fakulti. Mahu tak mahu aku kena hadapi jua. Tapi menurut nama yang tertera dalam buku penjadualan, aku perlu berhadapan sekali lagi dengan Dr. Normahdiah iaitu pensyarah yang mengajar subjek Teori, Bahasa dan Kesusasteraan semasa aku berada dalam semester
Semester baru bermula. Aku kini berada di semester akhir. Pelajar tahun akhir sudah aku rupanya. Minggu pertama kuliah aku masih lagi liat hendak menghadiri kuliah. Malas bangun pagilah. Namun aku gagahkan jua dengan semangat baru bahawa aku akan menebus kembali apa yang aku telah lakukan kesilapan pada semester lepas. Kelas Bahasa dalam Multimedia aku hadapi pada setiap hari Rabu jam 12 tengahari hingga 2 petang. Sebelum itu aku ada kelas Bahasa Cina. Selesai kelas Bahasa Cina di Sanggar Bahasa, aku perlu berkejar ke Bilik Jauhari. Minggu pertama kuliah, pensyarah tiba. Namun bukan Dr. Normahdiah. Rupa-rupanya Dr. Normahdiah bercuti sakit dan digantikan dengan Dr. Normaliza dan Dr. Arbai’e Sujud, Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universirti Putra Malaysia. Mereka menerangkan serba sedikit tentang subjek ini. Barulah aku mengerti apa yang bakal aku pelajari selama satu semester ini. Menarik juga ya.
Penerangan tidak terhenti setakat itu sahaja. Kami disuruh untuk mengambil gambar nota yang ditayangkan. Tiada nota akan diberi secara ‘softcopy’ mahupun ‘hardcopy’. Pelik
Penerangan seterusnya mengenai ahli kumpulan yang bakal bekerjasama dengan kami sepanjang semester ini. Dr. Normaliza mahukan seramai
Lupa pula aku nak bercerita tentang keunikan kelas ini. Dr. Normaliza begitu mementingkan masa. Pelajar tidak dibenarkan lewat walaupun seminit. Siapa yang lewat akan dilarang masuk ataupun akan berdiri dihadapan kelas. Terasa ketat juga disiplin kelas ni. Aku dah mula takut. Bukan sebab aku sering lewat, namun aku ada kelas Bahasa Mandarin di Sanggar Bahasa sebelum itu. Memanglah kelas akan tamat sepuluh minit awal sebelum waktu sebenarnya, namun kelas Bahasa Cina akan tamat tepat-tepat 12 tengahari. Masalah juga ni. Macam mana ya?
Tak apalah, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Aku sangat-sangat berharap agar kelas Bahasa Cina ditamatkan awal sedikit agar aku dapat berlari pergi ke kelas Bahasa Dalam Multimedia sebelum Dr. Normaliza masuk ke kelas. Selain itu, Dr. Normaliza juga tidak menyukai pelajarnya yang berjalan dengan mengheret kasut atau selipar mereka. Bagi beliau, pelajar sebegini adalah pelajar yang malas dan tidak bersemangat dalam pelajaran. Betul juga pendapat Dr. Normaliza ini. Kalau dinilai dari sudut yang positif, peraturan yang dibuat akan menjadikan kami pelajar yang sentiasa kemas, bergerak pantas dan tidak leka.
Namun sebagai pelajar yang sering dimomokkan dengan kemanjaan, aku rasakan seolah-olah agak terbeban dengan peraturan sebegini. Bab datang awal tu yang aku paling tidak boleh terima. Yelah, sebab kelas sebelumnya tak mau lepaskan pelajar awal. Jadi, aku yang kena menjadi mangsa berlari-lari membawa tubuh montelku ke kelas Bahasa Dalam Multmedia. Penat juga kadang-kadang. Pernah sekali aku terpaksa berlari memotong Dr. Normaliza sewaktu hampir tiba di hadapan kelas. Kelakar bukan bunyinya, tapi itulah yang kami perlu lalui sepanjang semester ini.
Kita tinggalkan bab berlari ke kelas. Kita masuk pula pengalaman sepanjang menghadiri kuliah beliau. Beliau juga tidak gemar andai ada diantara pelajarnya tidak datang ke kuliah. Sekiranya ada antara pelajar yang datang lewat atau tidak hadir ke kuliah beliau, maka kumpulan yang dianggotai oleh pelajar tersebut akan ditolak markah. Agak tidak adil bukan? Yelah, bukan tugas kita nak jaga semua ahli yang ada dalam kumpulan kita. Dahlah semuanya datang dari kolej yang berbeza. Nak jaga dan pastikan semuanya hadir tepat pada waktu dan hadir setiap kali kuliah. Tapi dalam kepayahan itu juga aku dapat rasakan mereka menjadi lebih peka dengan apa yang berlaku terhadap kuliah ini. Apa tidaknya kalau markah dipotong disebabkan mereka, sudah pastilah mereka akan disalahkan oleh seluruh ahli kumpulan. Maka untuk menjaga air muka mereka, harus menjadi keutamaan untuk datang awal dan hadir jika tiada alasan yang benar-benar munasabah.
Kita beralih pula pada tugasan pertama kelas ini. Tugasan pertama meminta kami membawa maunting board, gam UHU, gunting, majalah terpakai, reben dan puncher. Kami disuruh untuk membuat komponen multimedia dan mempelajari asas grafik. Pelbagai ragam kami lihat sewaktu menghasilkan tugasan ini. Ini kerana kami perlu menyiapkan tugasan dalam waktu kuliah berlangsung. Penghantaran tugasan yang lewat akan menyebabkan markah bagi kumpulan tersebut dipotong. Selain itu, kami juga perlu membuat tugasan dengan kemas. Tugasan yang tidak kemas akan tidak dinilai oleh Dr. Normaliza. Agak tertekan aku dan ahli kumpulan. Yelah masa tu macam-macam ragam dalam ahli kumpulan dapat aku saksikan. Semuanya mahukan yang terbaik dalam tugasan pertama ini. Ini kerana pada permulaannya, kami diterangkan bahawa kelas ini senang nak dapat markah jika semua kehendak dan tugasan dibuat.
Pada masa kami sedang membuat tugasan, Dr. Normaliza telah memperkenalkan kami dengan Tutor yang akan mengajar kelas amali. Kami diperkenalkan dengan Cik Alia dan Cik Nurul. Kelas amali yang aku akan hadiri akan diajar oleh Cik Alia. Comel orangnya. Kami meneruskan tugasan hingga selesai. Bersepah kelas dengan bahan-bahan guntingan kami. Namun hamper sahaja pukul 2 petang kami dah mula kelam kabut nak menghantar tugasan tersebut. Berlari-lari kami pergi ke bilik Dr. Normaliza untuk menghantar tugasan. Selesai menghantar tugasan, kami berasa lega dan pulang.
Minggu berikutnya kami datang untuk kelas yang kedua. Aku yang datang dari kelas Bahasa Cina terpaksa berlari-lari anak masuk ke dalam kelas. Takut kena marah beb kalu masuk lewat. Malu aku 1 kelas tengok nanti. Fuh!! Selamat bila aku masuk jek Dr. Normaliza lom masuk lagi. Lantas aku cari kawan-kawan aku nak duduk sama. Minggu ke dua kami diberi tugasan lagi. Kali ini kami perlu menaip lapan muka
Sebelum hari tersebut Dr. Normaliza telah mangarahkan kami membawa laptop agar memudahkan kerja menaip. Namun satu laptop tidak mencukupi. Mujurlah saat-saat akhir kami menerima seorang lagi ahli kumpulan, iaitu Alifah. Dengan kekuatan dua buah laptop kami berjaya menyiapkan esei tersebut. Selesai hantar kami pun pulang. Apalagi, dengan pengalaman aku sebagai pendebat, bab membuat dan menggoreng ayat ni aku memang pakar. Tapi taklah pakar bahasa sangat. Cuma kalau jadi pendebat ni dari sebaris ayat kami telah dilatih untuk menjadikannya sehingga semuka
Minggu hadapanya pula kami diarahkan untuk membawa kamera untuk mengambil gambar. Ya, aku akan gunakan kamera
Minggu hadapan pula kami menyaksikan pelbagai persembahan multimedia dari kumpulan lain. Seronok juga ya.
Minggu seterusnya kami diarahkan untuk membuat papan cerita pula. Kami diarahkan untuk membawa kertas lukisan, pensil, pensil warna dan stepler. Kami perlu untuk melukis gambar dan memilih tema bagi papan cerita kami. Kami sepakat untuk memilih tema perkahwinan. Kami setuju untuk menamakan e-majalah kami sebagai renjis. E-majalah ini akan memuatkan pelbagai cerita tentang perkahwinan dari dandanan, pakaian, perhiasan, hantaran, makanan, pelamin dan sebagainya. Pelbagai jenis baju dan perhiasan yang kami lukiskan. Namun aku bukan pandai sangat bab melukis ni. Kaku jek aku lihat gambar yang aku lukiskan. Jadi, kami ada pelukis tersohor kat kumpulan kami iaitu Elly. Ellylah yang banyak membantu kami melukis pakaian, barangan hantaran dan pelbagai lagi. Terima kasih Elly. Kami teruskan lagi kegiatan kami dengan meletakkan pelbagai warna dan gambar agar E-majalah kami kelihatan menarik. Terasa macam kanak-kanak pula. Yela, mewarna kat atas lantai. Macam-macam ragam yang kami lihat pada waktu tersebut. Kelakar pula ada kalau nak ingat kembali.
Selain aktiviti dan tugasan tersebut kami juga perlu membuat draf ‘billboard’. Pening juga kepala nak buat ‘billboard’ ni. Pelbagai cara kami buat. Mula-mula kami buat donat. Tapi ada ke orang letak donat kat ‘billboard’? kelakar pulak bila fakir. Akhir sekali kami sepakat nak buat tayar. Tayar keluaran syarikat kami diberi nama Wonder tyres. Lebih kurang macam nama kumpulan kami Wonderpets. Kami melukis pelbagai bentuk tayar yang sesuai dengan pelbagai jenis jalan raya. Untuk memanduan yang lebih selamat semasa jalan licin, jalan berbukit dan jalan bengkang-bengkok. Kelakar juga bila kumpulan perempuan bercerita dan melukis gambar tayar. Padahal kami tak penah pun mengambil tahu pasal tayar ni. Apa yang kami tahu hanya memandu kereta sahaja. Itupun hanya beberapa dari kami yang pandai memandu. Yang lain hanya jadi penumpang. Macam bos lagaknya. Hahahaha. Jangan marah kawan-kawan. Kami berjaya menyiapkan tugasan dengan sempurna dan menghantar tugasan di bilik Dr. Normaliza.
Ni ada lagi satu peristiwa yang aku nak kongsi bersama. Kami juga diarahkan untuk pergi membuat kerja amal di rumah anak yatim. Sebelum itu kami perlu untuk membuat kertas kerja dan kertas kerja ini perlu untuk ditunjukkan pada Dr. Normaliza. Apa yang membuatkan aku rasa nak marah apabila kerja yang sepatutnya dibuat oleh seluruh ahli kumpulan gagal dilaksanankan. Ini kerana ada yang diarahkan untuk membuat temujanji dengan Kompleks Kebajikan Rukaiyah tidak membuatnya dengan awal. Ini akhirnya membuatkan kami terpaksa pergi pada akhir mingg sebelum persembahan tugasan. Namun begitu, dengan langkah yang betul kami akhirnya berjaya melaksanakan tugasan tersebut dengan sempurna.
Ini adalah antara objektif lawatan ini. Antaranya ialah menimba pengalaman dari perspektif kemasyarakatan dan kepimpinan yang berkonsepkan pengintegrasian ilmu mahasiswa Universiti Putra
Sebelum kami pergi ada cerita yang kami nak sampaikan. Kami terpaksa membuat pelbagai temujanji dengan Dr. Normaliza.
Apabila semuanya telah ada kami pon berjumpa dengan beliau. Masalah pertama muncul apabila kami gagal menjawab soalan dengan pantas dan teratur. Kami diarahkan untuk keluar dan berbincang dahulu selama
Kami pergi ke Kompleks Kebajikan Rukaiyah pada 22 Mac 2009. Perjalanan hanya mengambil kira-kira 15 minit dengan berkereta. Kami tiba agak lewat dari masa yang dirancang kerana kami perlu berhenti membeli kelengkapan gotong-royong di kedai berdekatan. Apa yang kelakarnya kami tiba di kedai untuk membeli kelengkapan gotong-royong namun kedai tersebut belum buka lagi. Kami terpaksa mencari kedai lain dan akhirnya kami dapat juga membeli kelengkapan tersebut. Kami tiba kira-kira jam 9 pagi. Sampai sahaja di rumah tersebut kami lihat anak-anak disitu baru lepas mandi dan bersarapan. Kami terpaksa menunggu untuk mengumpulkan kesemua anak-anak tersebut di dalam bilik makan. Pelbagai peringkat umur ada.
Sesi pertama ialah sesi memperkenalkan diri. Aku selaku ketua rombongan memulakan mukadimah sedikit. Kami memulakan perkenalan dengan sesi ice-breaking. Akulah yang mula-mula sekali kena bercakap.
Sesi seterusnya adalah sesi regangan badan. Kami akan membuat senaman pemanasan badan sebelum memulakan gotong-royong. Kami akan menunjukkan cara yang sebetulnya untuk sesi pemanasan badan. Pelbagai karenah dan aksi yang kami dapat saksikan.
Seterusnya kami akan mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekitar rumah anak yatim ini. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan membersihkan kawasan yang berlainan. Banyak juga sampah dirumah mereka ni ye. Kawasan sekitar tidaklah terlalu besar. Namun mereka perlu berkongsi segalanya untuk hidup dan tinggal di sini. Itulah harga yang mereka perlu bayar untuk sebuah kasih sayang. Terharu aku tatkala ada antara anak-anak ini yang ditinggalkan sejak dari kecil. Sepatutnya pada usia sebegini mereka masih bermanja dan dimanja oleh keluarga. Namun mereka terpaksa berkongsi kasih di rumah ini. Inilah pengalaman yang paling aku dapat rasakan begitu menikan di kalbuku. Sedih juga bila fikirkan aku sebenarnya begitu mendapat kasih sayang yang terlebih dari keluargaku. Namun kadang-kadang aku tak hargainya. Jika dibandingkan dengan mereka, mereka lagi mendambakan kasih sayang itu.
Setelah penat bergotong-royong dan kawasan sekitar juga telah bersih, kami berkumpul semula di dalam bilik makan. Tentu mereka kehausan setelah bertungkus-lumus. Kami menjamu mereka dengan roti dan air mineral. Mereka makan dengan berselera sekali. Entahlah melihat mereka makan dan minum seolah-olah aku kenyang juga. Tiba-tiba aku teringat arwah ibuku. Hah, usah kisah silam itu datang kembali. Sedih, teringatkan ibu yang dikasihi pergi mengadap Ilahi saat aku perlukan kasih dan sayangnya.
Selesai makan kami adakan pula sesi tayangan multimedia memaparkan Universiti Putra
Kemudian tengahari mereka akan makan tengahari. Kami lihat mereka mengambil makanan dan kami pergi keluar untuk menikmati makan tengahari. Kami makan di kedai yang berhampiran. Selesai makan kami pulang kembali ke kompleks tersebut dan sembahyang berjemaah dengan adik-adik di situ. Syahdu terasa apabila kami sama-sama berjemaah. Adik-adik ini begitu peka dengan jadual mereka. Mudah-mudahan aktiviti sebegini menjadikan mereka kuat dalam menghadapi dugaan yang mendatang semasa mereka besar kelak.
Selepas itu kami pon memulakan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti belajar bahasa. Kami membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan mengikut peringkat umur. Kanak-kanak yang berumur lapan tahun diberi kertas untuk mewarna manakala yang lain diberi latihan tatabahasa dengan kawalan dan tunjuk ajak dari kami. Selesai latihan tersebut mereka boleh meminta kami menunjuk ajar latihan atau kerja rumah yang mereka tidak faham. Adalah sedikit sebanyak kami membantu mereka. Walaupun tidak besar mana pertolongan kami namun kami harap mereka akan mendapat sedikit sebanyak pengetahuan.
Selepas itu kami adakan aktiviti di mana mereka perlu membuat logo kumpulan dan sorakan kumpulan mereka sendiri. Pelbagai gelagat dan cara kami dapat saksikan sewaktu mereka membuat logo.
Selesai menyaksikan mereka membantangkan hasil kerja mereka, kami mula terasa akan meninggalkan mereka. Berat rasa hati nak meninggalkan adik-adik ini. Terasa kami telah semakin rapat dengan mereka. Namun sebagai tanda kenangan kami ada menyediakan pelbagai hadiah sebagai tanda kenangan buat mereka. Agar mereka sentiasa ingat akan kami. Sesi penyampaian hadiah berlangsung dengan tenang. Mereka mendapat botol air dan juga makanan ringan. Terukir senyuman diwajah mereka. Kepada pengurus rumah kebajikan tersebut juga kami ada menyediakan cebderamata agar kami sentiasa dihati mereka. Sebelum pulang kami juga mengambil gambar bersama-sama agar ada kenangan yang kami simpan sepanjang sehari kami disitu. Kami mengambil gambar beramai-ramai dan juga menemubual Cikgu Man yang juga bekerja di Kompleks Kebajikan tersebut. Temubual ini akan kami selitkan dalam tayangan multimedia anti.
Kali ini kita bercerita pula tentang kelas amali yang berlangsung pada hari Khamis jam 8-10malam. Kelas ini pun tak boleh lewat juga. Aduhai, dahlah bus tak ada ke fakulti waktu-waktu macam ni. Nampak
Minggu kedua kami mulakan pelajaran dengan membuat tayangan multimedia menggunakan Power Point. Kami perlu memilih tajuk yang lain dari semua pelajar. Maka tajuk yang aku pilih ialah Kemiskinan Tegar : Sampai Bila? Aku mula mencari gambar untuk dipaparkan. Belajar memasukkan lagu ke dalam tayangan. Semuanya aku pelajari dari kelas ini. Aku ni boleh lah dikategorikan gunakan komputer hanya untuk menaip dan buat assignment. Yang lain aku mana tahu. Bukan tak mahu belajar tapi aku anggap benda ni tak berguna sangat. Kemudian aku dan rakan-rakan belajar menbuat kalendar. Berguna juga pengetahuan ini. Pelbagai gambar aku letak dalam kalendar aku. Hasilnya kini kalendar itu aku letakkan di atas meja belajarku. Cantik je aku pandang. Minggu berikutnya kami membuat laman web. Tentang diri sendiri. Aku letakkan cerita tentang diriku, keluargaku dan juga dunia debatku. Banyak gambar yang memberi seribu kenangan aku letakkan dalam laman web tersebut. Laman tersebut aku namakan sebagai laman nurani Mizz Nina.
Tugasan terahkir adalah menulis blog. Kami perlu menemubual tokoh penulis yang ada disekitar kami. Aku memilih Dr. Arbak sebagai tokoh aku. Pelbagai cerita tentang beliau aku garap dan masukkan ke dalam blog aku. Mudah-mudahan siapa yang membacanya akan dapat mengetahui perjalanan hidup Dr. Arbak ini. Malam ini adalah amali terakhir dan juga kelas terakhir aku di UPM, Insyaallah. Aku harap aku akan berjaya suatu hari nanti. Buat Dr. Normaliza dan Cik Alia sekalung terima kasih kerana menyalurkan ilmu anda. Juga buar Dr. Arbai’e. terima kasih juga buat teman-teman seperjuangan, andalah pendorong aku untuk berjaya. Semoga anda berjaya pada masa akan datang.
Wednesday, April 8, 2009
Prof. Dr. Arbak Othman dan masyarakat...
Prof. Dr. Arbak Othman menyampaikan laporan penilaian

Pelancaran Buku - Irwan dan Prof. Arbak Othman
Selain terlibat dengan pelbagai aktiviti di kampus, Dr. Arbak juga amat dekat dengan masyarakat apabila beliau seringkali hadir ke majlis-majlis yang melibatkan karyawan dan penghasilan buku. Aktiviti sebegini yang dihadiri beliau akan menambahkan lagi nyawa dalam industri buku yang amat malap di Malaysia. Sumbangan sebeginilah yang kita perlu hargai demi masa depan industri buku negara dan juga untuk memberi pengetahuan kepada rakyat Malaysia...
Tuesday, April 7, 2009
Kini Beliau...
Bersama Penulis Tersohor
Karya Beliau
Anugerah Tercipta
